/*-----ads----*/

MBMB Discount 70% on Saman

AYER KEROH 15 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memberi insentif pengurangan kompaun Sempena Sambutan Ulangtahun ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah bermula 15 hingga 30 April 2019.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata insentif tersebut dibuka kepada semua penerima kompaun atas kesalahan di bawah MBMB.

“Semua kompaun kesalahan di bawah Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan; kesalahan dibawah Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan; Undang-undang kecil (UUK) MBMB kecuali kompaun kesalahan di bawah yang diberikan insentif adalah sebanyak 50 peratus.

“Pengurangan caj perkhidmatan cukai taksiran harta sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan .

Jelasnya, insentif-insentif diberi bersempena sambutan hari Melaka Bandaraya Bersejarah tahun 2019 bagi meringankan beban penerima kompaun.

News from Melakakini.my

Get Melaka News in your mailbox